Rampasan berkenaan dilakukan dalam satu serbuan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi di sebuah rumah kira-kira pukul 10.30 malam.

Ketua Polis Daerah, Supe­rintenden Ahsmon Bajah berkata, bertindak atas maklumat pihaknya menahan seorang lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 50-an dan merampas pelbagai mercun.

“Antara mercun dirampas 78 papan 8 feet, , lapan peket scintillant sky, tujuh kotak happy boom 49 shoot, 12 kotak happy boom 36 shoot, enam kotak happy boom 25 shot, dua kotak happy boom 7, lima kotak thunder king, empat kotak king boom, 12 kotak magic boom dan dua kotak D1.

“Turut dirampas, 10 paket candela China, 10 paket happy boom, 10 kotak happy boom, 10 kotak thunder clap rockets, lima kotak four color flowers, tiga kotak pop pop, dua bungkus mercun bola, lima kotak candela China, lima kotak K999, tiga kotak K666, tiga kotak happy boom kk0851 dan empat kotak happy boom kk1701,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, semua tangkapan dan rampasan berkenaan dibawa ke IPD Kota tinggi untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 sementara suspek dibebaskan dengan jaminan polis.

Dalam pada itu, Ahsmon berkata, perbuatan membakar, menjual atau memiliki sebarang mercun atau bunga api tanpa permit adalah menjadi satu ke­salahan.

Menurutnya, jika didapati bersalah tertuduh boleh di penjara hingga tujuh tahun dan denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya.

“Diharap orang ramai tidak terlibat dengan apa apa perbuatan membabitkan mercun atau bunga api bagi memastikan ke­selamatan diri masing-masing,” ujarnya.