Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah berkata, kesemua rampasan tersebut dibuat sepanjang 2017 dan tahun ini di jajahan ini.

Menurutnya, kerja-kerja pelupusan dilakukan dengan kerjasama pihak bomba di Pondok Polis Tendong, di sini.

"Kesemua mercun itu dirampas dalam tujuh serbuan sepanjang tempoh berkenaan," katanya. -UTUSAN ONLINE