Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Omar Bakhtiar Yaacob berkata, kejadian menimpa pasangan berusia 83 dan 75 tahun itu berlaku pada pukul 12.30 tengah hari.

Menurutnya, semasa kejadian mangsa sedang membelah buah pinang di rumah sebelum didatangi seorang lelaki menunggang motosikal yang memperkenalkan diri sebagai pegawai JKM.

Katanya, suspek memberitahu mahu mengambil gambar mangsa sebagai syarat untuk mendapatkan bantuan bulanan sebelum pasangan warga emas itu mempelawanya naik ke rumah.

“Sebelum sesi bergambar, lelaki itu telah meminta wanita terbabit menanggalkan barang kemas yang dipakainya dan menyimpannya di dalam bilik.

“Tindakan itu dilakukan agar dapat menunjukkan mereka terdiri daripada golongan yang layak menerima bantuan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian di sini

hari ini. - UTUSAN ONLINE