Ketua Polis daerah, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, polis menahan lelaki itu ketika dia menunggang motosikal di pintu masuk sebuah pusat pelupusan sampah di sini kira-kira pukul 1 petang.

"Hasil pemeriksaan di bakul motosikal menjumpai satu beg plastik lutsinar mengandungi lima ikatan tali getah yang mempunyai 11 paket plastik lutsinar. Di dalamnya terdapat dadah jenis heroin dianggarkan bernilai RM3,000.

"Ekoran itu suspek yang telah berumahtangga telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Aidi Sham berkata, ujian air kencing mendapati suspek negatif dadah dan dia ditahan reman selama tujuh hari untuk siasatan di bawah Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952. - UTUSAN ONLINE