Ketua polis daerah, Superintenden Azli Mohd. Noor berkata, serbuan kira-kira pukul 1.30 pagi itu menemukan 10.26 gram dadah jenis syabu, 17.30 gram heroin dan 6.30 gram ganja.

“Selepas tidak menemukan apa-apa barang salah dalam pemeriksaan fizikal ke atas suspek, pemeriksaan dalam bilik tersebut menjumpai satu bekas plastik warna biru bertudung atas lantai tempat penama tidur yang mempunyai dadah.

“Suspek yang berusia 33 tahun ditahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan 39A(2) ADB 1952 dan siasatan masih giat dilakukan,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal suspek yang berasal dari Negeri Sembilan mengakui dadah itu adalah miliknya.- UTUSAN ONLINE