Dalam kejadian kira-kira pukul 10.37 pagi itu, lelaki itu kemudian terus menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut.

Menurut Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ng Ah Lek, pihaknya kemudian pergi ke lokasi kejadian setelah mendapat maklumat berkenaan.

Katanya, mayat mangsa telah dikeluarkan dari dalam sungai oleh pasukan bomba dari Padungan.

"Mayat lelaki dipercayai berusia 30an tidak mempunyai kesan kecederaan dan tiada sebarang identiti pengenalan diri memakai baju-T jenama Nike, seluar jeans jenama Straks 4 dan cincin perak di jari kiri.

"Usaha mengesan keluarga dan mengenal pasti identiti mangsa sedang dijalankan," katanya dalam kenyataan, di sini sebentar tadi.

Tambahnya, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat.

"Kes ini masih dalam siasatan dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut," ujarnya. - UTUSAN ONLINE