Ketua Polis daerah, Superintenden Mansor Samsudin berkata, mayat mangsa ditemukan dalam keadaan tertiarap di dalam air paras buku lali dengan keseluruhan kepalanya berada dalam air.

“Mayat mangsa dijumpai lengkap berpakaian baju kemeja merah bercorak berbunga kecil.

“Mangsa dipercayai meninggal dunia lebih kurang tiga atau empat hari berdasarkan keadaan mayat yang telah reput dan berulat,”katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE