Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 3.20 petang memaklumkan mengenai penemuan berkenaan.

“Sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya bersama paramedik dikejarkan ke tempat kejadian.

“Mayat tersebut dibawa keluar daripada kawasan cerun berkenaan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, pemeriksaan awal terhadap mayat mangsa tidak menemukan sebarang kesan kecederaan.

“Seorang saksi yang bekerja di stesen minyak berkenaan menyatakan ada melihat kelibat seorang lelaki di bawah cerun tersebut pada 3 September lalu yang dipercayai kurang siuman.

“Kita siasat kes sebagai mati mengejut sementara menunggu hasil bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE