Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Dzulkhairi Mukhtar berkata, mayat mangsa yang mempunyai tatoo burung merak tidak jelas pada bahagian lengan tangan kanan ditemukan orang awam yang kemudiannya menghubungi Balai Polis Senai pukul 1 petang ini.

“Mayat mangsa disyaki telah berada di dalam sungai sejak lebih seminggu lalu dan pemeriksaan mendapati terdapat kesan lubang kecederaan pada belakang badan mangsa dan lengan kiri tetapi masih tidak boleh disahkan kecederaan tersebut sehingga bedah siasat dijalankan.

“Terdapat kesan ikat pada kedua-dua kaki mangsa dengan bahan getah. Bagaimanapun tiada sebarang dokumen diri ditemukan pada mayat mangsa yang tiada baju dan seluar telah terlondeh hingga bahagian lutut ketika ditemukan,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE