Mayat lelaki warga Thailand, Khamwang Sutawa, 56, ditemukan kira-kira pukul 12 tengah hari oleh penduduk di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintenden Ab Rashid Mat Daud ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Katanya, mayat tersebut dibawa ke Hospital Tumpat untuk bedah siasat. - UTUSAN ONLINE