Ketika ditemukan orang ramai kira-kira pukul 8 pagi, mayat lelaki itu dalam keadaan terlentang dipercayai dihanyutkan arus ombak.

Ketua Polis daerah, Deputi Superintenden Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata, keadaan wajah mayat itu sudah reput dan menampakkan keseluruhan tengkoraknya.

“Turut ditemukan adalah sebahagian anggota badannya yang reput di sekitar pantai berkenaan.

“Mayat berkenaan kemungkinan dibawa ombak hingga ke tebing pantai dan polis mengambil tindakan lanjut selepas me­nerima aduan penduduk,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Nik Aminuddin berkata, setakat ini pihaknya masih gagal mengenal pasti identiti tersebut selain baju yang tertera nama dan logo di poket dada kiri.

“Mayat berkenaan sudah dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) untuk bedah siasat dan kita menunggu laporan tersebut untuk membantu siasatan,” tambahnya.