Ketika ditemukan orang ramai kira-kira pukul 8 pagi ini, mayat tersebut berada dalam keadaan terlentang dan sebahagian badan sudah mula mereput dengan kepalanya hanya tinggal tengkorak.


Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Nik Aminuddin Raja Ali berkata, pihaknya bergegas ke lokasi penemuan selepas menerima laporan orang ramai.


“Keadaannya yang mula mereput menyebabkan identiti mayat tersebut gagal dicam. Ia kemungkinan dibawa ombak hingga ke tebing pantai.


“Mayat itu sudah dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) untuk bedah siasat. Siasatan lanjut termasuk usaha mengenal pasti identiti mayat sedang dilakukan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE