Bayi meninggal bukan kerana khidmat doula - Polis
Asisten Komisioner Shahurinain Jais

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, mayat mangsa berusia 33 tahun dari Kampung Baru, Senai dekat Kulai itu ditemukan orang awam pada pukul 1 petang.

“Mangsa dipercayai jatuh dari aras enam tempat letak kenderaan pusat beli-belah berkenaan.

“Siasatan di aras berkenaan turut menemukan sebotol minuman keras dan kesan kasut pada bahagian dinding,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Shaharunain berkata, polis turut menemukan sebuah kereta Toyota Inova milik bapa mangsa di aras sama dan siasatan awal mendapati mangsa mempunyai rekod di bawah Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1959. - UTUSAN ONLINE