Mayat dipercayai lingkungan 30-an itu ditemukan orang awam yang melalui kawasan itu kira-kira pukul 11.08 pagi.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, setibanya di lokasi kejadian, pihaknya menemukan mayat terbabit dalam keadaan tertiarap, memakai baju dan stokin namun tidak berseluar.

"Kita tidak dapat mengenal pasti bangsa mayat terbabit berikutan keadaannya telah berulat. Berdasarkan keadaan mayat yang hampir reput, dianggarkan mangsa telah meninggal dunia dalam tempoh tiga hingga empat hari.

"Pemeriksaan ke atas mayat tidak menemukan sebarang dokumen pengenalan diri. Mayat telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk dibedah siasat," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Shafien, buat masa ini, kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR) sehingga proses bedah siasat selesai dijalankan. - UTUSAN ONLINE