Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Mayat lelaki Bangladesh dikerat

Mayat lelaki Bangladesh ditemui dikerat dan diisi dalam tiga guni plastik di Kampung Pengkalan Lebai
Mayat lelaki Bangladesh ditemui dikerat dan diisi dalam tiga guni plastik di Kampung Pengkalan Lebai Man, Sungai Petani, Kedah, semalam.

ALOR SETAR 13 Jun – Seorang lelaki warga Bangladesh ditemukan dibunuh kejam dengan mayatnya dikerat beberapa bahagian sebelum disumbat ke dalam tiga guni plastik di Kampung Pengkalan Lebai Man, Su­ngai Petani awal pagi ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Asri Yusoff berkata, ketiga-tiga guni yang mengandungi mayat Azad Late Mofyan Uddin, 38, ditemukan dalam kabinet batu di bahagian dapur setelah polis melakukan pemeriksaan di rumah yang di­sewa mangsa bersama dua rakannya di kampung tersebut.

“Kehilangan mangsa disedari teman wanitanya iaitu seorang warga tempatan, Nur Rohani Abdullah, 31, yang gagal menghubungi lelaki itu sejak beberapa hari lalu.

“Merasakan ada yang tidak kena, wanita itu berkunjung ke rumah mangsa Sabtu lalu, namun tidak dibenarkan masuk oleh dua rakan serumah teman lelakinya yang juga warga Bangladesh.

“Malah dia bertambah curiga kerana salah seorang daripada mereka mengalami kecederaan di tangan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini hari ini.

Mengulas lanjut katanya, Nur Rohani akhirnya mendapatkan bantuan polis dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda kira-kira pukul 1 pagi ini untuk mengesan teman lelakinya itu.

“Sepasukan anggota polis IPD Kuala Muda akhirnya menuju ke rumah mangsa dengan dipandu wanita berkenaan. Setibanya di situ, dua rakan serumah mangsa sudah tidak kelihatan dipercayai melarikan diri.

“Apabila pintu rumah dibuka menggunakan kunci pendua yang dimiliki wanita berkenaan, anggota kami terhidu bau busuk dan menemukan kesan air hitam mengalir keluar dari bahagian bawah kabinet. Di situlah akhirnya mereka menemukan mayat mangsa,” katanya.

Tambahnya, mangsa yang dipercayai meninggal dunia sejak tiga atau empat hari lalu sudah pun dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), dekat sini untuk dibedah siasat.

“Difahamkan mangsa tinggal di rumah sewa itu sejak lima bulan lalu dan kami kini giat mengesan suspek iaitu dua rakan serumahnya dikenali sebagai Md. Julfikar, 37, yang be­kerja sebagai pembantu kedai makanan sejuk beku dan Nur, 50, pekerja kilang.

“Kami percaya kedua-dua mangsa dapat membantu siasatan yang kini dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” ujarnya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain