Mayat Jong-nam dibawa dengan kenderaan mayat jenis Toyota Vellfire berwarna putih kira-kira pukul 2 petang sebelum menuju ke sebuah lokasi dipercayai di Cheras, dekat sini.

Menurut sumber, mayat telah dibawa keluar namun lokasi sebenar tidak dapat didedahkan.

“Anggota polis ditugaskan untuk mengawal di IPFN juga telah ditamatkan hari ini beriku­tan mayat te­lah dibawa keluar,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Difahamkan, mayat Jong-nam dibawa ke Cheras untuk upacara keagamaan.

Sebelum ini, mayat Jong-nam telah dipindahkan dari Hospital Putrajaya ke HKL untuk dibedah siasat sebelum ditempatkan lebih 40 hari di IPFN hospital itu selepas disahkan meninggal dunia pada 13 Februari lalu.

Jong-nam disahkan me­ninggal dunia selepas disyaki diracun oleh dua wanita warga asing Siti Aishah, 25, dan Doan Thi Huong, 29, di balai berlepas Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (Klia2) sebelum sempat menaiki pesawat ke Macau, China pada 13 Februari lalu.