Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd. Taufik Maidin berkata, pihaknya menerima laporan penemuan mayat itu pada pukul 11.15 pagi tadi.

Katanya, mayat tersebut telah ditemukan oleh penduduk yang kebetulan melalui kawasan itu lalu dan terhidu bau busuk.

"Dia yang curiga dengan bau tersebut telah menggeledah semak-samun itu, dan terkejut apabila melihat keadaan mayat telah berulat dan segera membuat laporan di Pondok Polis Lojing," katanya di sini.

Tambah Mohd. Taufik, polis juga sukar untuk mengesan jantina mangsa kerana seluruh anggotanya berulat dan berbau busuk.

"Kita juga masih menyiasat kejadian ini berunsur jenayah atau pun tidak.

"Sepasukan anggota forensik akan membuat siasatan ke atas mayat sebelum kita mengetahui identiti sebenar mangsa," katanya.

Beliau juga meminta orang ramai yang kehilangan rakan atau anggota keluarga atau mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubung balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - UTUSAN ONLINE