Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan 1, Shamsul Anuar Antang berkata, mayat tersebut ditemukan tersangkut pada ranting pokok di tepi sungai itu dalam keadaan telangkup pada pukul 10.45 pagi.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat digerakkan selepas menerima maklumat daripada orang ramai yang ternampak mayat di kawasan Kunci Air Buang, malam semalam.

“Malam tadi, sebaik menerima panggilan pada pukul 10.14 malam daripada polis, seramai lapan pegawai dan anggota bomba digerakkan ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

“Bagaimanapun, operasi pada malam itu gagal menemui mayat tersebut sebelum operasi mencari disambung pukul 8 pagi hari ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE