Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Mayat bayi lelaki ditemukan dalam longkang

MAYAT DITEMUKAN
MAYAT bayi lelaki yang ditemukan di dalam longkang di Klinik Kesihatan Bukit Sagu di Kuantan, Pahang semalam.-UTUSAN

KUANTAN 17 Julai - Mayat bayi lelaki ditemukan dalam keadaan menyayat hati di dalam longkang di Klinik Kesihatan Bukit Sagu, di sini semalam.


Mayat bayi lelaki dipercayai baharu dilahirkan itu yang dibalut menggunakan kertas surat khabar ditemukan oleh orang awam kira-kira pukul 4 petang.


Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, dua suspek iaitu seorang yang dipercayai ibu kepada bayi berkenaan dan pasangannya ditahan polis bagi membantu siasatan.


“Hasil siasatan, seorang remaja berusia lingkungan 20-an mengaku bahawa dia adalah ibu kandung kepada bayi itu hasil hubungan dengan teman lelakinya berusia 27 tahun. Lelaki tersebut bekerja dan menetap di Kuarters Felda Bukit Sagu di sini.


“Kedua-dua suspek ditahan dan kes disiasat mengikut seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain