Mayat bayi yang dijumpai kira-kira pukul 8 pagi itu ditemukan pekerja lori sampah yang sedang melakukan kerja pungutan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, mayat bayi berkenaan dibalut kertas surat khabar dan diletakkan dalam plastik.

“Apabila menemukan bayi itu, pekerja terbabit terus membuat laporan di Balai Polis Seksyen 7 dan mayatnya dihantar ke Hospital Shah Alam bagi tujuan bedah siasat,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE