Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintenden Habibi Manjiji berkata, mayat bayi tersebut ditemukan orang ramai sebelum dimaklumkan kepada pihak polis kira-kira pukul 2.20 petang.

“Pegawai penyiasat serta pihak forensik kemudian menjalankan siasatan di lokasi kejadian dan mendapati bayi tersebut sudah meninggal dunia.

“Mayat bayi itu kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya ketika dihubungi di sini. - UTUSAN ONLINE