Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mazelan Paijan berkata, bayi yang masih mempunyai tali pusat itu ditemukan pekerja PB Northport kira-kira pukul 10.10 pagi.

“Buat masa ini, anggota masih lagi berada di lokasi kejadian dan siasatan sedang dijalankan,” katanya di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE