Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu, mayat bayi tersebut ditemukan oleh orang awam yang melalui kawasan itu.

Menurut jurucakap polis, hasil pemeriksaan ke atas mayat bayi itu mendapati terdapat kesan gigitan binatang di bahagian tangan dan pinggangnya.

Ujarnya, siasatan lanjut telah dijalankan pihak forensik di lokasi kejadian bagi mendapatkan bukti-bukti berkaitan kejadian.

"Mayat bayi itu telah dibawa ke hospital dan proses bedah siasat akan dibuat dalam masa terdekat untuk mengenal pasti punca kematian.

"Kes disiasat di bawah Sekyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran," katanya di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE