Ketua Polis Daerah Kangar, Superitendan Wari Kiew berkata, kejadian itu disedari oleh kakitangan yang bertugas dan kemudiannya telah membuat laporan polis pada pukul 8.10 pagi.

Wari berkata, pihaknya masih menyiasat kes itu berdasarkan kepada Kamera Litar Tertutup (CCTV) di stesyen minyak berkenaan.

“Kita cuba mengenalpasti sama ada perempuan yang dirakam dalam CCTV itu adalah suspek,” katanya.

Beliau berkata, kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 316 Kanun Keseksaan kerana mematikan bayi yang baharu lahir. - UTUSAN ONLINE