Dalam kejadian kira-kira pukul 2.25 pagi itu, mangsa yang berusia 24 tahun ditemui dalam keadaan terbaring berlumuran darah di tingkat bawah rumah berkenaan dengan beberapa kesan tetakan di seluruh badan.

Ketua Polis Daerah Seberang Prai Selatan, Superintenden Shafee Abdul Samad berkata, mangsa tinggal di rumah tersebut bersama adik lelakinya.

"Semasa kejadian, adik mangsa sedang tidur di bahagian atas rumah tersebut dan tidak menyedari kejadian berlaku ke atas mangsa.

"Terdapat juga dua bilah parang di sisi sebelah kiri mangsa dan berdekatan kerusi di ruang tamu rumah berkenaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE