Pengarahnya, Kapten (M) Mohd. Zulfadli Nayan berkata, kira-kira pukul 12.15 awal pagi tadi kedua-dua kapal tangki yang berdaftar di negara ini termasuk salah sebuah daripadanya kapal pengangkut gas asli cecair (LNG) itu ditahan kira-kira 4.6 kilometer barat daya Tanjung Setapa, Pengerang, Kota Tinggi.

“Seksyen Operasi Zon Maritim Tanjung Sedili telah menerima maklumat awam berkaitan aktiviti pemindahan minyak secara STS disyaki dengan niat untuk mengelak daripada membayar cukai di perairan di dalam batas Pelabuhan Pasir Gudang.

“Bertindak atas maklumat tersebut, bot peronda Maritim Malaysia telah memeriksa dan seterusnya menahan dua buah kapal tangki yang berdaftar di negara ini. Ketika ditahan, kedu-dua kapal mempunyai tujuh dan 34 anak kapal,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE