Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Kapten Maritim Mohd. Zulfadli Nayan berkata, kesemua 92 PATI terdiri daripada 49 lelaki dan 36 wanita berusia 18 hingga 63 tahun serta lima kanak-kanak lelaki dan dua kanak-kanak perempuan berusia dua hingga enam tahun ditahan pada pukul 8 malam.

"Bagaimanapun, tekong bot disyaki telah terjun ke laut sebelum bot ronda Maritim Malaysia berjaya menahan bot yang membawa kesemua PATI berkenaan.

“Kesemua PATI yang ditahan akan disiasat mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2010(ATIPSOM) dan di bawah Akta Imigresen 1959/63 iaitu keluar atau masuk melalui kawasan yang tidak diwartakan," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE