Pengarah Maritim Malaysia Zon Maritim Tanjung Sedili, Kapten (M) Mohd. Zulfadli Nayan berkata, kapal tangki (MT) Sentek 33 dan kapal penangkapan ikan (FV) Fuyuanyu 677 itu ditahan pukul 4.05 petang, kira-kira 6.6 kilometer dari Tanjung Penyusup, Pengerang.

“Sewaktu pemeriksaan, kapal FV FUYUANYU 677 yang berdaftar di China dan membawa 11 anak kapal warga China berusia antara 28 tahun hingga 50 tahun sedang bersauh dan menerima minyak disyaki jenis marine gas oil (MGO) daripada MT SENTEK 33.

“Kapal MT SENTEK 33 yang berdaftar di Singapura membawa tujuh anak kapal warga Indonesia, Singapura dan Myanmar yang berusia antara 28 tahun hingga 69 tahun,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE