Maritim Malaysia dalam kenyataan di sini hari ini berkata, kedua-dua bot nelayan dengan nama pendaftaran Azam Baru 1 dan Azam Baru 2 itu ditahan pukul 12.05 dan 12.28 tengah hari, kira-kira 22 batu nautika tenggara Tanjung Sedili, Kota Tinggi.

“Siasatan mendapati kedua-dua bot membawa 23 anak kapal termasuk tekong berusia lingkungan 19 hingga 55 tahun warga Vietnam itu tidak memiliki lesen menangkap ikan manakala beberapa anak kapal tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

“Kedua-dua bot yang didapati membawa muatan muatan kira-kira empat tan ikan pelbagai jenis dan dua tan ikan baja telah ditunda ke jeti maritim Tanjung Sedili dan kes disiasat di bawah Seksyen 15 (1) dan Seksyen 16 (3) Akta Perikanan 1985,” kata kenyataan itu. - UTUSAN ONLINE