Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Datuk Seri Zulkifli Abu Bakar berkata, jumlah tersebut melibatkan nilai kompaun, denda di mahkamah, lelongan ikan dan pelucutan hak vesel.

"Ini semua melibatkan 5,372 pemeriksaan dan kita berjaya membuat 120 tangkapan dan penahahan dengan keseluruhan nilainya mencecah sehingga RM7.737 juta keseluruhannya.

"Operasi mencari dan menyelamat di laut pula yang dilakukan serta dikoordinasikan Maritim Johor sepanjang 2018 melibatkan 25 kes dengan 231 mangsa dari pelbagai negara," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Maritim Johor Antara Laksamana Muda Maritim Datuk Abu Bakar Idris dengan Laksamana Pertama Maritim Aminuddin Abdul Rashid di Pejabat Maritim Negeri, Menara Tabung Haji di sini sebentar tadi.

Aminuddin, 55, yang merupakan Pengarah Kejuruteraan Ibu Pejabat Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Putrajaya akan dilantik Pengarah Maritim Johor berkuat kuasa 10 Disember ini.

Sementara Abu Bakar, 55, pula akan memulakan tugas sebagai Pengarah Bahagian Keselamatan Ibu Pejabat Maritim Malaysia di Putrajaya pada 9 Disember ini. - UTUSAN ONLINE