Pengarah Maritim negeri, Laksamana Pertama Maritim Aminuddin Abdul Rashid berkata, suspek ditahan dalam serbuan di muara Sungai Parit Jawa, di sini pada pukul 7.40 malam.

“Tangkapan ini merupakan hasil risikan selama hampir tiga bulan sebelum operasi dilakukan berjaya menahan seorang lelaki dan merampas dadah jenis syabu seberat 30 kg.

“Dadah berkenaan diletakkan dalam dua tong berwarna biru dan dianggarkan bernilai RM4.2 juta,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pihaknya, di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE