Pengarah Daerah Maritim Malaysia Cawangan Kuching, Shahref Steve Mac Queen Abdullah berkata, semasa tangkapan dilakukan, tekong ketiga-tiga bot turut menawarkan wang suapan kepada pegawainya meminta agar mereka dilepaskan.


Walau bagaimanapun, katanya, tindakan itu membawa padah apabila mereka kini turut didakwa di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.


“Semasa diperiksa, tekong ketiga-tiga bot cuba merasuah Pegawai Maritim Malaysia dengan menyerahkan wang RM1,000 oleh bot pertama, RM2,000 (bot kedua) dan RM1,000 (bot ketiga).


“Sogokan ini adalah bertujuan untuk mengelak tindakan kerana melanggar Akta Perikanan 1985,” katanya dalam sidang akhbar di Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (KOMSAS) di Muara Tebas di sini, pagi ini.


Beliau berkata, seramai 40 awak-awak bersama tekong warga Vietnam berusia 17 hingga 60 tahun yang ditangkap kini masih ditahan untuk siasatan lanjut.