Mangsa, Maria Erianty Zakaria, 40,  yang dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian di sini. menghembuskan nafas terakhir di samping keluarganya kira-kira pukul 9.22 pagi ini.

Menurut suaminya, Mohd. Zairie Mohamad Zain, 48, dia reda dengan kehilangan isterinya meskipun begitu sedih dengan kejadian ini.

“Arwah isteri sepatutunya membuat pembedahan memasukkan tiub penafasan pada bahagian leher hari ini namun tidak kesampaian.

“Jenazah isteri akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Hutan Rebana, Machang pada petang ini,” katanya di sini hari ini.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan dua beradik ditahan orang awam selepas meragut beg tangan seorang wanita yang menunggang motosikal di Kampung Wek, di sini.- UTUSAN ONLINE