Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Zakaria Ahmad berkata, siasatan awal mendapati mangsa, M. Suhairi A. Wahab, 35, mengalami kecederaan teruk di muka dan kepala selain sebahagian badannya terbakar.

“Mangsa yang bekerja sebagai pembantu tadbir di Pejabat Tanah dan Galian itu dipercayai dibunuh dan suspek, 34, yang juga rakan serumah ditahan untuk siasatan lanjut.

“Bedah siasat masih dijalankan untuk mengetahui punca kematian dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE