Ibu kanak-kanak terbabit, Nurul Dahlia Jaafar, 36, berkata, anak perempuannya itu masih dirawat di wad Hospital Kuala Lumpur.

"Saya kini menunggu laporan penuh dari pihak hospital dan menyerahkan kepada pihak polis untuk melakukan siasatan.

"Saya berharap kes ini dapat diselesaikan secepat mungkin,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Semalam, media melaporkan seorang kanak-kanak pe­rempuan berusia tujuh tahun terpaksa menahan ke­sakitan kerana dipaksa minum air panas yang masih mengge­legak mengakibatkan melecur di bahagian bibir dipercayai didera ibu tirinya.

Malah, kanak-kanak tersebut mendakwa pernah beberapa kali dipukul, selain kakaknya berusia lapan tahun turut me­ngalami kecederaan di bawah mata dan terpaksa mendapatkan rawatan ke hospital sekitar Mac tahun lalu. - UTUSAN ONLINE