Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten komisioner Khairi Ahrasa berkata, mangsa yang berusia 35 tahun sebelum itu telah diculik di restorannya di Pasar Borong Selayang pada 12 November lalu.

Menurutnya, dalam kejadian kira- kira pukul 6.10 petang itu, mangsa telah diculik oleh empat lelaki yang bersenjata pistol dan parang. - UTUSAN ONLINE