Difahamkan, kesemua suspek yang ditahan dalam serbuan petang tadi berumur dalam lingkungan 40-an.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi laman Twitter rasminya kira-kira pukul 9.25 malam tadi.

Beliau turut mengucapkan syabas kepada Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (Sting) atas kejayaan terbabit.

“Syabas STING @PDRMsia tangkap empat orang, bongkar makmal proses Syabu di Gopeng, Perak. Rampas bahan-bahan yang boleh hasilkan lebih 70kg syabu. #GoPDRMGo,” katanya. - UTUSAN ONLINE