Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Makmal proses syabu digempur, dadah RM5.2 juta dirampas

Dadah dirampas
TIMBALAN PENGARAH Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Kang Chez Chian menunjukkan dadah dan peralatan yang digunakan untuk memproses syabu yang dirampas di Gopeng dalam sidang akhbar di Ipoh hari ini. - UTUSAN ONLINE

IPOH 15 Mac - Polis berjaya membongkar sebuah makmal memproses dadah jenis syabu bernilai RM5.2 juta selepas tertangkapnya empat lelaki termasuk tiga adik beradik di Gopeng dekat sini kelmarin.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Kang Chez Chiang berkata, keempat-empat suspek berusia antara 28 hingga 44 tahun ditahan dalam operasi melibatkan empat serbuan yang bermula pukul 2 petang hingga 7.30 petang.

Menurutnya, polis turut merampas pelbagai peralatan memproses dadah dan bahan kimia yang digunakan serta aset milik kumpulan tersebut iaitu dua buah kereta masing-masing jenis Perodua Kembara dan Proton Gen 2 serta seutas jam tangan mewah.

“Siasatan awal mendapati sindiket ini telah beroperasi sejak dua bulan lalu.

“Mereka dipercayai belum sempat menjual dadah yang telah diproses,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain