Serbuan kira-kira pukul 8 pagi itu dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan hasil maklumat dan risikan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, serbuan itu turut berjaya menahan lima lelaki berumur 25 hingga 31 tahun.

“Dua daripada yang ditahan ialah warga tempatan yang juga adik beradik dan pemilik kilang tersebut manakala dua lagi warga Bangladesh dan seorang warga Iraq.

“Dalam serbuan itu, polis turut merampas 412 gram dadah yang dianggarkan bernilai RM200,000 selain menyita peralatan membuat dadah, dua kereta Mazda 3 dan sebuah lori Isuzu,” katanya dalam sidang akhbar di sini sebentar tadi.

Tambah Shamsul Amar, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Merbahaya 1952. - UTUSAN ONLINE