Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Makmal mini proses dadah diserbu

Taktik licik sebuah pusat hiburan terbongkar

LUKAS AKET menunjukkan satu botol cecair ekstasi pekat berperisa
LUKAS AKET menunjukkan satu botol cecair ekstasi pekat berperisa mangga yang dirampas dalam sidang akhbar di IPK Johor Bahru, semalam. UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU 20 Ogos - Taktik licik sebuah pusat hiburan di bandar raya ini yang menjadikan premis tersebut sebagai makmal mini memproses pelbagai jenis dadah terbongkar apabila diserbu polis semalam.

Pusat hiburan itu yang dipercayai dijadikan tempat memproses ekstasi berperisa mang­ga, syabu dan ganja itu diserbu sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Johor pada pukul 2.30 pagi.

Ketua JSJN negeri, Asisten Komisioner Lukas Aket berkata, dalam serbuan itu polis merampas pelbagai jenis dadah yang dianggarkan bernilai RM630,950.

Menurutnya, dadah yang di­rampas adalah ketamin seberat 2.6 kilogram (kg), pil ekstasi sebanyak 7,801 biji, ganja seberat 800 gram dan syabu 13 gram.

“Turut dirampas daun rokok ekstasi 1.07 kg, perisa ekstasi jenis oral jelly sebanyak 15 kotak, rokok ekstasi sebanyak 500 batang, serbuk ekstasi seberat 375 gram dan cecair ekstasi berperisa mang­ga,” katanya dalam satu sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK), di sini hari ini.

Beliau berkata, seorang lelaki berusia dalam lingkungan 40-an yang dipercayai pekerja premis hiburan tersebut turut ditahan dan kini direman bagi membantu siasatan lanjut.

Katanya, siasatan sedang giat dijalankan termasuk me­nyiasat berapa lama sindiket sudah beroperasi selain memburu saki-baki ahli sin­diket yang masih bebas.

“Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 39b Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya sambil memberitahu dadah itu dipercayai dijual di sekitar pusat hiburan di da­erah ini dan boleh menampung bekalan kepada 20,000 penagih.

Dalam perkembangan la­in, Lukas memberitahu, sejak Januari hingga 20 Ogos lalu, JSJN IPK Johor berjaya menahan 11,205 individu atas pelbagai kesalahan melibatkan dadah.

“Daripada jumlah itu, se­ramai 1,874 ditahan kerana membekal, 3,212 (memili­ki) dan 6,119 (pengguna) ma­nakala 69 individu lagi ditahan di bawah Akta Langkah-Langkah Pencegahan Khas 1985.

“Sepanjang tempoh itu juga, sebanyak 1.3 tan pelbagai jenis dadah dirampas melibatkan nilai RM37.9 juta dan sebanyak RM15.6 juta harta pengedar dadah turut disita,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain