Menurut sumber, Ahli Parlimen Padang Terap merangkap Naib Presiden UMNO itu tiba pada pukul 9.15 pagi hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan Mahdzir bersama seorang ahli perniagaan akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok berhubung projek bersepadu sistem solar untuk sekolah luar bandar Sarawak.

Difahamkan, Mahdzir dan individu terbabit akan didakwa mengikut Sek­syen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi.

Pada Oktober lalu, Mahdzir telah memberi keterangan selama lima jam kepada SPRM berhubung skandal projek solar tersebut.-UTUSAN ONLINE