Nur Alia Binti Abdul Razak, 19.

Dalam kejadian pada pukul 12.50 tengah hari itu, Nur Alia Binti Abdul Razak, 19, yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC 135 telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkifly Yahya berkata, kemalangan berlaku semasa mangsa dari arah Jalan Sentul Pasar nak menghala ke arah Jalan Gombak.

“Apabila tiba di lokasi kejadian dipercayai motosikal ditunggang mangsa cuba memotong sebuah kenderaan dan hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah bas.

“Mangsa difahamkan bertembung dengan sebuah bas antara bandar RapidKL yang dalam perjalanan ke Jalan Sentul Pasar dari Jalan Gombak,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Zulkifly memberitahu, siasatan mendapati mangsa berasal dari Taman Sungai Dua Utama, Butterworth, Pulau Pinang dan merupakan mahasiswi di sebuah institut pengajian tinggi awam IIUM di Gombak.

“Sejurus pelanggaran itu, mangsa telah terjatuh di atas permukaan jalan raya dan meninggal dunia,” ujarnya.

Tambah Zulkifly, pemandu bas dan penumpang tidak mengalami kecederaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” jelasnya. - UTUSAN ONLINE