KS MENDER SINGH
KS MENDER SINGH 

Pemangku Ketua Polis daerah, Superintenden KS Mender Singh berkata, mangsa dipercayai ditipu menerusi panggilan daripada individu yang menyamar sebagai kakitangan mahkamah sebelum disambungkan pula kepada ibu pejabat polis.

“Suspek memberitahu mangsa kononnya mempunyai tunggakan kad kredit dan kad terbabit disyaki digunakan seorang lelaki bagi urusan dadah serta pengubahan wang haram.

“Mangsa berasa takut dan mengikuti segala arahan yang diminta termasuk memberikan butiran akaun bank bagi menyiasat sama ada dia terlibat atau tidak dalam kes berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini, sebentar tadi.

Mender Singh berkata, mangsa akhirnya menyedari ditipu apabila tidak menerima semula wangnya seperti dijanjikan dalam tempoh 30 minit selain gagal menghubungi nombor telefon yang diterimanya. -UTUSAN ONLINE