Menurut sumber, keempat-empat suspek berusia 34-54 tahun itu akan menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 16 (b)(B) Akta SPR 2009.

“Mereka akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok kira-kira pukul 9 pagi,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kelmarin, tujuh penjawat awam termasuk seorang ketua balai polis direman selama empat hari bermula hari ini selepas dipercayai terbabit melindungi serta menerima wang sogokan daripada pemilik pusat urut di Kuala Lumpur.

Turut direman selama empat hari ialah tiga individu yang berperanan sebagai orang tengah atau ‘runner’ manakala empat pemilik pusat urut pula direman selama lima hari bermula hari ini bagi siasatan berhubung kes yang sama.

Kesemua mereka ditahan 14 lokasi sekitar Lembah Klang kira-kira pukul 10 pagi hingga pukul 5 petang pada 18 Mac lalu dalam satu operasi khas oleh SPRM.-UTUSAN ONLINE