Katanya, fokus memerangi judi, jenayah bersindiket dan gangsterism merupakan antara empat tumpuan PDRM yang sedang giat dijalankan ketika ini.

“Saya sudah jelaskan mengenai pendirian ini dan tidak akan bertoleransi dalam perkara ini... jika saya perlu buang KP (Ketua Polis), saya akan buang KP.

“Saya tahu ramai yang berlakon pun ada (polis), main wayang pun ada malah banyak pihak ambil kesempatan terhadap isu ini,” katanya ketika berucap pada program Integriti: Bual Bicara Sarapan Pagi di Dewan Tan Sri Abdul Khalid Abu Bakar dekat Pusat Latihan Polis di sini, hari ini. -UTUSAN ONLINE