CHE ZAIMANI CHE AWANG
CHE ZAIMANI CHE AWANG 

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, ketika ditahan kesemua suspek sedang mengedarkan majalah 'Rhapsody of Realities' yang dipercayai mempunyai kaitan dengan agama Kristian.

Katanya, ketika ditahan, kesemua mereka yang berusia dalam lingkungan 25 hingga 30 tahun itu tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan diri yang sah.

"Polis percaya mereka cuba menyebarkan fahaman agama Kristian menerusi pengedaran majalah-majalah tersebut.

"Kesemua suspek direman selama 14 hari sehingga 20 November ini untuk siasatan lanjut," katanya di sini, hari ini.

Che Zaimani memberitahu, siasatan awal juga mendapati, kelima-lima suspek datang ke Pulau Pinang sejak semalam dengan menaiki kenderaan sendiri bersama tujuh suspek lain.

"Ketika ini, percakapan semua suspek juga telah dirakam dan polis sedang menunggu laporan daripada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.

"Kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana menghina kesucian Islam" ujar beliau. - UTUSAN ONLINE