Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, kesemua suspek yang ditahan ber­usia antara 21 hingga 37 tahun.

Beliau berkata, syabu yang dirampas bernilai kira-kira RM1,300 manakala wang palsu pula terdiri daripada 3,464 ke­ping wang AS$100 dan 136 keping wang RM100.

“Polis turut merampas satu plastik mengandungi potongan kertas berwarna hijau dan hitam dalam sebuah beg di rumah tersebut,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan di sini hari ini.

Noor Azam memberitahu, dua daripada suspek berkenaan be­kerja sebagai mekanik manakala dua lagi mengaku sudah bertunang serta tinggal di rumah tersebut dan kesemua mereka mempunyai pelbagai rekod kesalahan jenayah lampau.

Jelasnya, serbuan itu dilakukan selepas polis menerima maklumat bahawa rumah itu telah dijadikan lokasi pengedaran syabu di sekitar kawasan Nilai.

“Kita sedang menjalankan siasatan lanjut mengenai punca dan kegunaan wang palsu itu,” katanya.