Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, pergaduhan berkenaan dipercayai bermula apabila suspek dan mangsa saling mengejek ketika membeli burger.


“Berdasarkan siasatan awal, suspek menelefon rakannya dan datang enam lelaki yang kemudian berlaku pergelutan dengan seorang mangsa tidak sedarkan diri akibat dipukul dengan topi keledar,” katanya di sini hari ini.


Menurut Anuar, mangsa yang tidak sedarkan diri itu turut mempunyai rekod rawatan penyakit ketumbuhan otak.


“Kesemua suspek mengaku memukul mangsa dan mereka telah direman selama empat hari. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya.- UTUSAN ONLINE