Kelima-lima suspek berusia 34 hingga 46 tahun ditangkap dalam operasi, Op Cantas yang dijalankan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 17 Ogos lalu.

Pengarah Maritim Malaysia Zon Bintulu, Kapten Maritim Shahref Mac Queen Abdullah berkata, hasil tangkapan suspek, pihaknya berjaya menemukan semula kesemua barangan yang dirompak dalam kejadian tersebut.

“Dalam kejadian rompakan berlaku pada pukul 11 malam di kedudukan kira-kira 11 batu nautika ke barat Tanjung Kidurong itu, perompak warga asing terbabit telah melarikan seutas rantai emas, lima unit telefon bimbit dan wang tunai berjumlah RM19,800,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan. - UTUSAN ONLINE