Kejadian kira-kira pukul 1.36 petang itu berlaku apabila kesemua suspek yang memakai topi keledar, jaket dan bersarung tangan memasuki kedai tersebut sebelum melarikan 10 dulang emas.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof berkata, terdapat lima kakitangan dan tiada pelanggan semasa dalam kedai emas tersebut ketika kejadian itu.

“Suspek memecahkan kotak kaca pameran barang kemas sebelum melarikan 10 dulang barang kemas yang terdiri daripada gelang dan rantai.

“Mereka menggeledah premis kira-kira seminit setengah sebelum melarikan diri menggunakan sebuah kereta. Tiada tembakan dan tiada kecederaan dilaporkan,” katanya di sini hari ini.

Difahamkan, kedai emas berkenaan sebelum ini pernah dirompak pada Oktober tahun lalu.

Tambahnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. - UTUSAN ONLINE